Friday, June 22, 2012

Pompuan, tudung dan kau



Gua takdela baik sangat. Gua bukanlah ustaz ataupun orang kuat agama. Cuma apa yang kita boleh kongsikan, kongsi jela kan. Nak tengok filem Kongsi ngan gua pun bleh jugak. Takdehal. Set time.

Bila kita pegi jalan2 kat mana2 pun sekarang ni, macam2 pesen tudung kita bleh jumpa. Itu belum bau ketiak sorang2 lagi. Ibarat bau ketiak yang berbeza2, begitulah sama dengan pelbagai jenis tudung yang boleh kita lihat di mana2 sahaja.

Ada jenis tudung labuh, tudung ikan bawal, tudung bunga taik ayam, tudung bunga2 cinta, tudung belit2 , tudung putar jilat celup, tudung singkat, tudung kain sejadah rambu-ramba entah pape, tudung mak datin dan banyak lagi. Gua pun tak tau kejadah apa nama jenis tudung tu.

Apepun tudung yang nak pakai tu, pakailah dengan cara yang sopan dan tutup segala nasi lemak yang dibawak. Gua pun tak berminat nak tengok jambul sape2 tak kira lu mak datin ke mak nyah ke hape ke.

Yang ada bini tu nasihat la elok2. Yang ada awek tu nasihat dan bimbinglah awek lu baik2. Tapi ada jugak spesis yang konon2 tak lut dimakan api. Selamba badak je bukak2 dedah2. Bini kau nak bukak2 pun kau suka je ye. Apa kau ingat dosa bini kau tu kau tak tanggung?

Dalam nak berpesen2 dalam tudung ni, tengok2 lah gambar yang gua tunjuk kat atas tu. Entah2 ape yang dipakai tu sama ngan agama orang lain. Beringat-ingatlah ye.

Adios!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit