Sunday, June 24, 2012

Kekasih Sejati


Nun jauh di sana..kelihatan pasangan "kekasih" tua bermanja-manja sesama mereka. Ah, jeles!! Romantika sungguh.....

Kelihatan di situ pula..si isteri membantu si suami yang berkaki satu mengerjakan ibadah di Tanah Suci Mekah.. Ah, jeles!! Romantika sungguh.....

Kelihatan pula..pasangan suami isteri yang tidak bernasib baik. Namun, mereka gembira dan bahagia dengan kehidupan mereka. Ah, jeles!! Romantika sungguh.....

Nun di satu sudut pula. Jika dahulu si suami yang membawa isteri ke pasar, kini si isteri pula yang membawa suami ke pasar. Walau tidak berdaya, si suami masih mahu mengikut si isteri walau macam mana sekalipun. Cinta ke akhir hayat..Ah, jeles!! Romantika sungguh.....

....dan..di sudut lain pula kelihatan seorang suami mengucup dahi si isteri dengan penuh kasih sayang sebelum keluar mencari rezeki. Walaupun kehidupan mereka tidak senang seperti orang lain, yang penting mereka bahagia. Ah, jeles!! Romantika sungguh.....


Lelaki dan perempuan saling melengkapi. Jagalah pasangan anda sebaik-baiknya. Berilah didikan agama kepada isteri dan anak-anak jika anda seorang suami yang bertanggungjawab. Berlaku adillah dalam segala perbuatan agar kehidupan senantiasa diredhai-Nya.

Kebahagian tidak terletak kepada harta dan kemewahan semata-mata. Usia, kecacatan, kemiskinan, musibah kesihatan bukanlah penghalang kepada kebahagiaan rumah tangga. Kebahagiaan datang dari hati yang tulus ikhlas dan suci.

...dan..gua pun taktau entah nape tetibe gua cakap pasal ni pada malam yang hening ini. Buang tebiat barangkali. Gua pun tak paham entah nape tetibe jadi jiwang semacam. Adakah petanda biawak akan menetas? Adios!


p/s: Sejak bila gua jadi romantika tahap cipanzi neh?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit