Saturday, April 14, 2012

Pengakhiran Sebuah Jalan: Tribut buat sahabat





Limbang, 11 April 2012 - Kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Kampung Buluh Balui, Jalan Tedungan. Seorang guru lelaki Melayu, 27 tahun yang memandu Perodua Kancil maut manakala sahabatnya lelaki 32 tahun Melayu yang bersamanya cedera parah. Kedua-dua guru tersebut berasal dari Kelantan. Pemandu dan penumpang kenderaan Fortuna dan Camry tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jenazah telah selamat dihantar ke pangkuan keluarga melalui penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur dan penerbangan ke Kelantan pada 12 April 2012. Manakala sahabatnya masih di hospital.





Izinkan gua menggunakan ayat sedikit sopan untuk entri kali ini.

Dia sahabat aku. Dia senior aku. Masih teringat kenangan bersamamu Mat Ju (nama panggilan kepada arwah). Kita sama-sama tengok bola masa tahun terakhir demo di IPG. Masa tu Final Piala FA Kelate vs Selangor dekat Bukit Jalil masa tahun 2009. Kita pegi dengan kereta Faris. Kawe, demo, Faris, Adi & Mamat.

Sebelum pegi stadium, demo bawak topi rambut punk. Taktau bila demo buat deh. Haha. Comel topi tu. Sampai dekat stadium, topi tu ada brader mana taktau mintak ngan demo. Mula-mula amik gambar jah. Dio puji topi tu comel. Demo bagi ko dio terus deh. Demo meme orang baik. Pastu, demo belanja lilitan kepala "Kelantan The Red Warrior". Kawe simpan lagi Ju sampai rini. Bukti? Tengok gambar bawah ni Ju.

Memang frust. Pegi jauh-jauh pastu kalah. Faris bawak keta laju2 kan masa balik tu? Pastu sampai kat Seremban kita lepak-lepak pulak kat kedai Pondan kat Temiang tu sambil layan EPL pulak. Hmm. Itu baru cerita pasal bola. 

Masa demo nak isi borang posting, demo oyat nak mintak kat Kelate. Demo mintak tolong ngan kawe nak guna kabel abah kawe. Abah kawe suruh bagi nombor IC & nama penuh. Tolong setakat mampu. Apakan daya Ju, nak masuk Kelate memang susah. Sudah ditakdirkan agaknya demo ditempatkan ke Limbang. Maafkan aku kawan.

Limbang, tempat demo mencari rezeki mulai 2010 dengan seribu satu kisah. Akhirnya, di Limbang jugalah tempatmu menemui Ilahi. Khabar berita yang demo akan menamatkan zaman bujang pada cuti sekolah bulan Jun nanti hanya tinggal kenangan. Allah lebih menyayangimu Ju.

Selamat tinggal sahabat. Selamat tinggal. Semoga engkau tenang di sana. Al-Fatihah.


Lagi berita:  The Borneo Post

Sumber gambar: Bomba Limbang

3 comments:

Maicher said...

tak dae kenal senior ni.
al fatihah buat arwah.

namumora akime said...

mai x sempat kot..die posting tahun 2010..masa tu x masuk lg mktab kan?

Maicher said...

masuk jun 2010 la. too bad tak dae nak kenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit