Wednesday, March 21, 2012

The Lejen of Lynas- The Asbestos Astaga La Vista Bebeh

Kelik untuk besaukan

Gua bukanlah ahli politik. Gua bukanlah ahli astronomi. Gua bukanlah Superman, Ultraman dan segala bagai "man" hatta Keluang Man sekalipun. Gua adalah seorang rakyat Malaysia keturunan mak bapak gua. Apekejadah LYNAS ni gua pun bukannya tahu sangat. Bukannya pakcik gua punya projek segala bagai gua nak amik port.

Negara Kanggarustralia tak nak projek ni dilaksanakan di negara depa. Awat hangpa duk kalut sangat tolak benda baik neh wahai rakyat Australia? Gila hapa tak nak kemajuan? Untung-untung hangpa boleh jadi super sapien ataupun Hulk ataupun Serigala jadian. Tak ke femes tu?

 
Suasana tegang sepanjang bahas PSC Lynas

Negara Kanggarustralia sangat besar. Sehinggakan digelar benua. Heh. Malaysia lagi besar daripada Kanggarustralia. Besar kat Sungai Besar dan jugak Istana Balai Besar (*ada ke istana nama neh?). Depa jugak banyak kawasan kosong. Yelah, kawasan gurun pun banyak. Malaysia pun ada jugak kat Kedah sana dekat ngan Kedai Tom Yam bapak sebelah jiran nenek kepada kawan gua. Awat hang tak caya? Siap boleh buat Modenas lagi kat sana.


Gua malas nak cakap banyak pasal benda neh sebab gua pun bukanlah superhero nak bagi RM100 ke, RM200 ke, RM 500 ke. Gua bukannya keje sain cek. Cekadak ngan cekodok bolehlah. Gua bagi doploh sen je kat Mat Saleh Australia kat atas neh. Heh. Memandai je die cakap Melayu. Ini sebab pelaksanaan PPSMI la kat Australia.

Kepada pemuda-pemudi Malaysia, sudah-sudahlah tu duk depan tv tengok joget2, melalak2, dan segala bagai lagi benda takde pekdah sambil2 isi topup nak undi orang yang tak berpekdah. Weyh, masa depan negara bukan kat depan tibi je. Adios!


p/s: Hartanah kat Kuantan dah jatuh harga dah. Pigilah survey~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit