Friday, November 11, 2011

Kecurangan kesialan kesian

Err..kalo tambah setan, jadi 3 lah ye?..

Pergh!! Bila masa pulak gua punya blog berbicara pasal cintan-cintun-cintin ni ha? Satu perkembangan yang agak liar bagi gua. Ha Ha Ha. Ape kes pulak nak gelak? Ini serius. Bercintanlah kamu dengan sebaik2nya. Jangan hampakan hati dan perasaan orang lain. Pergh, jiwang puleks.

Itu malam gua ada pegi makan KFC dengan sahabat baik gua 3 orang. Kitorang makan dekat KFC Minangkabau Seremban. Sape yang dok Seremban taula katne. Kitorang decide untuk makan di sebelah luar restoran di tingkat atas. Nak elak sejuk air-cond sambil2 lepak2 buat gaya macam makan kat warung.

KFC Minangkabau Somban

Tetiba je gua bunyi "prom prem prom prem" ade 3 makhluk tengah gaduh mulut. Eh, sorang je yang mulut berbunyi kuat, iaitu seorang pompuan. "Kenapa korang buat macam ni ha," itu je yang gua dengan dengan jelas sambil nangis2. Oleh sebab gua kelaparan ya amat, gua tak layan pun drama kat belakang.

Oh ya, 3 orang yang tengah berdrama itu terdiri daripada 2 orang pompuan dan sorang laki. Gambarannya dua ekor makhluk laki dan pompuan makan KFC sama2 sambil sorang pompuan berdiri kat tepi meja tu sambil nangis. Kira laki la yang curang ye dak? Nasib baik diorang duk bahagian luar macam geng2 gua. Kalau tak, malu wok dengan orang ramai kat dalam restoran.

Lelaki curang- Ini biasa
Itulah, nak cari balak carilah yang boto-boto punyo. Jangan tengok kek luaran ajo. Kalo nak caghi balak buek ilang bosan bek tak yah la wok. Ekau caghi balak untuk kawin jo. Pilih ustad la sonang cerito.

Ekau nak pilih bakal suami ekau tu sobab dio oghang kayo ko, atau sobab ensem macam den ko, atau sobab pangkat dio? Kalau kayo, duit tu bleh abih. Allah boleh tarik bilo2 maso jo. Kalau ensem, tuo-tuo nanti berkedut jua minah eh. Kalau pangkat lagi lah, bilo-bilo maso bleh kono buang kijo ha. Oleh itu, pilihlah yang baik dari agamanyo. Insya-Allah dunia akhirat bahagio. Den bukannyo ghoti cakap Nismilan ni ha, den bukan oghang sini.Hua3

Pompuan curang- Bodoh hattuih!
Okeh, gua da letih cakap Nismilan. Berbelit lidah gua lagipun bukannye betul pun gua cakap. Huhuu. Laki pun same jugak la. Hati-hati. Pompuan pun curang jugak ape. Gua pun dah kena. HaHaHa. Sila gelakkan gua.

Apepun, jodoh pertemuan hanya Allah yang tahu. Kita hanya merancang sahaja. Oleh itu, pilihla yang terbaik untuk kita sendiri. Untuk masa depan  kita jugak nanti. Adios!

p/s: Agak-agak, handphone laki ke pompuan kat atas ni?Tapi bukan gua punya la..Ha3

3 comments:

Paris Lipton said...

duo2 pon samo jo. dah tekono baru tawu sapo eh yg curgnye...tp pmpn xramai curg. ahaha

Anonymous said...

dh nasib labu...
nak buat cam mano. nie penulis blog nie ada 3 lg kekosongan yg blh diisi.

namumora akime said...

@paris:
yeke x ramai? lebih kurang je kot?hahaha

@anonymous:
hahaha..den tau ekau sapo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit