Tuesday, November 22, 2011

Catatan 10 tahun Harimau Malaya: Dari KL ke Vientiane kemudian Jakarta

Perwira negara
10 tahun yang lalu, takde pun yang nak amik tau pasal bola Malaysia. 10 tahun dulu, gua dan Apek pun baru amik UPSR. Ada yang kisah ke pasal bola Malaysia masa tu? Kalau sesiapa yang tengok Malaysia main, mesti kena kutuk. Malu konon-konon. Nak jumpa jersi Malaysia pun susah.

Akmal pada zaman kegemilangannya

Gua masih ingat beberapa pemain  Bola Sepak Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun itu. Dibarisi pemain yang berpangkalan Eropah iaitu Akmal Rizal, sambil dibantu oleh kapten pasukan Hairuddin Omar, selain diperkuatkan dengan kehadiran Irwan Fadli, Indra Putra, Shukor Adan, Norhafiz Zamani, Rosdi Talib dan Khaironnisam Sahabudin (maaf kalau silap).

Dikemudi jurulatih import yang juga bekas pemain Chelsea, Allan Harris, Harimau Malaya berjaya melangkah ke pentas final di Bukit Jalil berdepan Thailand. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona sebelum itu.

Aksi Hairuddin Omar ketika menewaskan Vietnam 2-0. Masih berambut.
Dum dam dum dam main 90 minit, akhirnya Harimau Malaya tumpas 0-1 hasil jaringan sendiri penjaga gol, Kamaruzzaman Hassan pada minit terakhir perlawanan hasil hantaran lintang pemain Thailand, Woorawot T.Srimaka yang akhirnya dijadikan pemain import oleh pasukan Kelantan tahun berikutnya.

Kini, 10 tahun dah berlalu. Pingat emas dalam acara Bola Sepak kali keenam akhirnya diraih Malaysia tanggal 21 November 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Untuk rekod, kita menang pingat emas pada tahun 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.

Rakyat lebih puas apabila menang dengan Indon, sebuah negara yang diketahui tahap perangai rakyatnya yang jakun dan macam beruk dapat betik free. Apatah lagi menang di stadium keramat mereka dengan penonton beratus ribu termasuk di luar stadium. Malahan, pemain negara dah jadi macam askar nak pegi berperang kena naik Barracuda si kereta perisai. Ape kejadahnya semua ni? Mintak-mintak En. Sepp Blatter amik tindakan walau takde kaitan Sukan SEA dengan FIFA.



90 minit permainan, terikat 1-1. Akhirnya emas menjadi milik kita dengan keputusan penalti 4-3. Emas dalam dua temasya berturut-turut setelah 2009 di Laos sumbangan skuad King Raja. Terima kasih Harimau Muda. Terima kasih Ong Kim Swee. Terima kasih semua. Harimau Malaya selamanya. AUMMMM!!!




p/s: Fakri oh fakri~

2 comments:

Anonymous said...

sape la pengulas....kederasan..kekencangan...adoi la..

namumora akime said...

keh3..itu baru TV3..kalau Hasbullah Awang lagi la merapu2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit