Sunday, October 30, 2011

Antara Dua Darjat : Pemimpin Jiwa Rakyat

Ini Presiden Iran, bukan pengemis jalanan!
Mahmoud Ahmadinejad dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan.

Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang ditetapkan Almarhum Imam Khomeini).

Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar).
Semoga pemimpin Islam yang lain pun macam ni
Semasa hayatnya, Imam Khomeini memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau heater berfungsi.Namun, Imam menolak. "Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang memasang pemanas?"

Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu, "peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia, tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak!

Peugeot 504 tahun 1977 yang telah dimiliki oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad telah dijual dengan harga $ 2.5 juta di dalam lelongan amal yang dianjurkan untuk mengumpul wang untuk projek perumahan untuk keluarga berpendapatan rendah pada November 2010. Beliau menggunakan kereta ini semasa berkhidmat sebagai Datuk Bandar Tehran sebelum menjadi presiden Iran pada tahun 2005.

Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu, Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses Internet kerana, "Ayah tak cukup duit nak bayar bil Internet banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran?

Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika menyimpulkan mengapa orang-orang seperti Ahmadinejad diberi perhatian dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia tidak mampu menumpaskannya.

Itu pemimpin orang. Negara kita pulak macam mana? Cukuplah dengan apa yang korang sendiri nampak sebelum ni. Gua tak nak cakap banyak pasal gua pun bukan jenis baik sangat.

Jangan salah sangka. Mungkin anak die kott??


P/s: Gua tak nak cakap lebih. Nanti blog ni kena santau

5 comments:

Anonymous said...

amek yg keruh buang yg jernih..taw,,,
mahmud ni adalah seorang syiah...

namumora akime said...

ye ye..apa yg baik itu kita ketengahkan :)

ⒷⒽⒶⒾⒽⒶⓆⒾ said...

Aku suka entry ni , Menarik ~~ :D

Pemimpin Islam

namumora akime said...

hehe..gua pun :D

anys said...

hebat la ada leader mcm nih.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit