Thursday, September 8, 2011

Raya kedua, 7 jam "traffic jammed" & dot dot dot

Pergh, pergh & pergh!! Tujuh jam sangkut dalam jem memang seksa. Seseksa korang baca tajuk entri gua ni, lagi seksa gua drive kereta dalam jem. Memang kepala otak gua pun bleh jem. Itu kisah di hari raya kedua tanggal 31 Ogos 2011 itu hari.

Mana gua pegi? Adelah satu tempat tu, kalau dari rumah gua ke sana biasanya dalam satu jam je. Ini tak, dah jadi 3 jam pegi & 4 jam balik dek kerana Abang Polis misai kontot jual jem & roti Cap Mak Jemah kat atas jalan.

Nasib baik dah raya, kalau puasa semua pahala puasa tu sia2 je dok menjampi serapah dalam kereta orang-orang yang sangkut dalam jem ni. Tak termasuk gua la. Gua jenis baik2, keh3~

Fly-over Machang-KB-T.Merah-P.Puteh
Gua bosan2 gua nyanyi je dalam kereta. Tapi tutup tingkap la nanti malu orang dengar. "Pehal mamat gila ni melalak?", kata seorang pemandu yang nampak gua nyanyi mengikut rentak muzik terkini & retro. Itu bayangan gua jela, korang jangan salah paham pulak.

Si Dia sudah mesej pagi2 lagi tanye nak pegi bila, gua cakap tengahari. Pasal gua nak pegi umah atok gua dulu kat area Bandar Kuala Krai. Gua dapat mesej lagi, si dia suruh bagitau bila nak bertolak sebab nak masak nasi, suh gua makan kat sana. Pergh, mantap beb. Makan ngan family tuu. Gua tak gelabah, gua cool je~

Pukul 12.15 lebih kurang, gua bertolak dari umah atok gua sorang2 setelah mintak izin ngan Umi & Abah. Jalan sudah jem terokk!! Kesilapan gua adalah tak ikut jalan pintas. Memang nazak punya jalan. Last2 dalam pukul 3.45 kot baru sampai sana. Mau tak 3 jam lebih jem. Dalam perjalanan Si Dia asyik tanya je "Sampai mana dah?". Apa boleh buat, jem memang teruk. "Makanla dulu,taktau sampai bila lagi ni". Gua semayang Zohor pun pukul 3 lebih, nasib baik ada masjid kat tepi jalan.

Sesampainya di lokasi, hujan lebat turun. Gua fikir hujan rahmat barangkali. Dalam keletihan gua, Alhamdulillah disambut dengan senyuman manis Si Dia dan Mama. Erk...Mama?LOL..Gua memang terkejut satu family tak makan lagi semata-mata tunggu gua sampai. Gua ingatkan Si Dia je yang tak makan lagi. Pergh, memang terharu. 

Kitorang makan sama2, semayang Asar kat situ, & borak sama2. Mama memang sangat friendly, gua suka. Mama cerita macam2 seperti gua sudah "lama" tinggal di rumah itu. Gua pun banyak cakap jugak & banyak senyum manjang. Keh3. Si Dia hanya tersipu2 saja =.=". Lepas tu gua tengok kat beranda rumah, sepupu2 tengah pegang kamera. "Aiyakk, apekah itu?.." Snap..snap..snap~ Kitorang dipakse...Ooo..Takpe2..Gua da merah kot masa tu~ =.="

Dari kiri: Mak Sedara, Si Dia, Mama & Gua

Sepupu punya keje~

Setelah borak2 sampai lewat petang, gua akhirnya bertolak balik rumah atok gua dalam pukul 5.30. Ucapan salam buat Umi & Abah serta sebungkus kerepek dikirim Mama. Akhirnya gua sampai pukul 10 malam setelah terperangkap sekali lagi dalam jem..Dasyat ya amat kann~

Dalam keletihan di rumah atok, mesej dari si dia yang mengatakan "temuduga" lulus serba sedikit menghilangkan kepenatan gua."Terima kasih Mama, terima kasih sayang."


p/s: Al-Fatihah juga buat arwah Ayah

6 comments:

HaiDa HiDa said...

erkk tak sanggup rasanya nk kuar berjalan dalam keadaan begitu.. mak sedara dari pasir mas nk dtg beraya kat rumah kami di PC, terpaksa pusing blk sbb 3 jam terkandas.. huhuu..

tahniah dah lulus 'temuduga'.. :)

namumora akime said...

kelate mmg jem teruk ya amat especially musim prayaan..hujung minggu pun jem dah..apo bleh buek~

ngeh3..trima kasih, tenkiu.. :D

Maicher said...

furhhh cayallah klate dh ada fly over.
never knew about this before.
(being so lame here ==')
what bad kelantanese i am. zzz

p/s:btw, congrats bro!

namumora akime said...

erk..dah lama la ado,huhu
kelate semakin byk perubahan wlupun tiada bantuan kerajaan pusat..usaha sendiri2 jo

huhu..tengss mai..selangkah ke depan, semakin besar tanggungjawab :)

Maicher said...

la yoko? sriyes xtau. gila lame wehhh. haha

with every great opportunity, comes great responsibility. biaso la tuh. berehnyaa. hoho.

namumora akime said...

huhu..berat nanang..~
tula dk kolo lipih lama sgt,haha

hehe..doakan kami..insyaAllah tak lama lagi sampai seru..keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit