Saturday, September 10, 2011

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa solat berjemaah!

Solat Jemaah satu tuntutan
Gangguan ketika solat berjemaah sering membuatkan kita tak selesa dan seterusnya boleh buat kita tak khusyuk. Betul tak ape yang gua cakap ni? Jadi, ape kata kalau kita sama-sama renungkan dan cuba amik iktibar daripada contoh2 yang akan gua hurai kat bawah ni nanti. Adios!



SENDAWA
Sendawa brup brup brupp memnag melegakan perut korang yang sarat dengan muatan entah ape2 entah. Kalau korang makan punyelah banyak DURIAN (contoh) sampai nak termuntah, pastu pegi semayang berjemaah kat masjid atau surau, perghh, memang macam malaon bau die!! Lagi2 orang macam gua ni yang tak suke durian. Gua memang nak termuntah~


BAU MULUT/NAFAS BERBAU
Dah tau mulut tu bau macam bangkai, pegi la gosok gigi dulu sebelum pegi semayang berjemaah. Gua pun heran, bukannya bulan puasa pun. Tapi kalau sejak azali lagi nafas seseorang tu berbau, ape boleh buat. Gua nak tanya korang lah ye, korang bleh kusyuk tak kalau orang nafas berbau longkang semayang tepi korang?LOL



KENTUT a.k.a ANGIN KUS-KUS

Haa..yang ni pembunuh dalam senyap orang cakap a.k.a SILENT KILLER!! Lagi2 yang makan telur dua tiga jam sebelum pegi solat. Perghh, macam telur tembelang gua cakap sama lu!! Kalau dah bau satu masjid tu masa semayang, ada ke nak "mengaku" keluar dari saf pastu pegi amik semayang balik? Pastu sambung semayang balik buat2 taktau pulak. Macam muka tak bersalah. Entah2 tak keluar terus dari saf sebab takut kantoi. Keh3..



BACA KUAT (Lagi2 yang jenis was2)

Yang ni gua taknak komen banyak. Korang pernah rasai tak pengalaman macam ni? Orang kat sebelah korang baca kuat2 masa semayang berjemaah. Lagi2 yang jenis was2 dengan bacaan sampaikan nak baca Al-Fatihah kena ulang banyak kali. Orang2 macam ni akan ganggu tumpuan orang lain masa semayang. 



PERFUME
Macam2 bau perfume ada kat kedai sekarang ni. Memang betul, hukum mengenakan wangian dalam solat adalah sunat. Tapi kalau dah "mengganggu" orang lain semayang macam mana plak? Contohnya perfume yang mahal2 tu yang jual kat pasaraya. Bau macam hantu pun ade. Gua rasa sesak nafas pulak duduk sebelah si polan tu masa berjemaah. Gua pun pakai jugak wangian ni, tapi beli kat pasar malam je. Lagi wangi pe~



HANDPHONE
Memang handphone sekarang ni canggih2. Boleh online, amik gambar dan boleh nyanyi2 lagi. Kalau nak semayang berjemaah tu silalah silent ataupun tutup terus handphone korang dulu ye. Orang lain pun ade handphone jugakla bro. Gua punye handphone pun lagi mahal dari lu punye. Opps, riak pulak. 



STOKIN
Ada jugak spesis yang perasan pakai stokin masa semayang. Dalam kes ni, gua fokuskan golongan lelaki jela. Yelah, taula korang tu kerja kat pejabat ada air-cond kann. Kalau nak semayang jemaah pun tak payah la sampai tak buang stokin tu dulu. Ini tak, bau macam tong sampah. Eeuww~



BAJU BUSUK
Ini punya spesis pun ada. Nak menghadap Tuhan pun selekeh. Ape jenis orang gua taktau. Dahla ganggu tumpuan jemaah lain. Cuba korang pakai baju busuk pegi jumpa bos korang ataupun awek korang. Ni nak jumpa "bos segala bos" tau tak?


p/s: Sekadar pendapat dalam jenaka. Betulkan apa yang salah. Gua spesis jahil.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit