Friday, September 16, 2011

Harga sebuah KEMAJUAN


Bila dah sebut "maju", macam-macam benda melintas dalam kepala otak kan. Bangunan tinggi-tinggi, teknologi canggih gila-gila punya, dan banyak lagi. Tapi sayang, nilai moral tak pulak makin maju. Makin ke belakang ade la pulak gua rasa. Tapi itulah dunia akhir zaman. Jangan mudah alpa dan lalai sudah.

Kalau nak sebutkan, banyak masalah bila dah maju ni. Biasalah kan, mesti ada pro dan kontra sesuatu benda tu. Tapi, bagi gua itulah harga yang perlu dibayar oleh kita semua.

Dalam gua tengah syok usha-usha gambar kat tenet, gua jumpa pulak gambar kat atas ni. Pergh, mantap siot! Nak basuh tangan pun kena bayar 20sen~ "Itulah harga sebuah kemajuan," getus hati suci gua.  Ape ke kedai ni gila ke hape sampai macam tu skali nak cari duit? Padahal bil air takdela banyak sangat pun. Tapi, yang paling gila bagi gua adalah bila kena bayar nak kencing RM2 kat KLCC.

Tapi itulah, makin menjadi-jadi pulak kita ni kena keluar duit kann. Nak makan KFC pun kena cukai, bayar tol lagi, bayar tu, bayar ni. Ini belum lagi berkeluarga nak pikir duit pampers, duit sekolah anak-anak, duit bla..bla..bla..

Rasulullah SAW bersabda, " Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."

Sebab itulah, orang yang berniaga ni hidupnya berkat kalau pandai urus dunia perniagaan depa. Kalau tak?Hmmm..Lu pikir la sendiri beb. Berniaga ni boleh bagi sedekah ape kat orang. Tak payahlah nak cekik darah sangat. Yang boleh sedekah tu, bagi jela free. Untuk saham akhirat kita jugak.


p/s: Gua berpesan kepada diri gua sendiri jugak. Gua pun bisnes punya olang maa

6 comments:

nyOng.is.me said...

kuasa duit maa...

namumora akime said...

tula pasai..puii

ah cai said...

kapatalism? rampas sana sini..ptuih!

namumora akime said...

tula pasai...kejam sial~ puii!

Anonymous said...

tu basoh thn kene 20sen ok agi... dulu aku g mkn amik tisu pon die cas 10sen... kalo restorent 5 bintang tu phm la jugak... ni kedai tpi jln je kot... miahahahah...

namumora akime said...

haha..tula pasal..bukannye restoran 5 bintang pun..ntah pape..

nasib baik die x cas cukai perkhidmatan macam kat Pizza Hut..kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit