Saturday, August 6, 2011

The Red Warriors cuba pancing Brendan Gan?


Benda ni dah lama sebenarnya. Cuma aku lambat post. Lambat giler~ Okeh, aku taknak merepek banyak2. Bagi penyokong setia Harimau Malaya, pasti nama ini hangat diperkatakan dan antara nama yang agak femes bagi kaki bola dan kaki bangku tanah air. Bagi penyokong lalang, aku bagi la sikit info pasal Brendan Gan ni.

Brendan Gan ni merupakan keturunan orang cina Malaysia disebelah bapanya yang berasal dari Negeri Sembilan. Jadi menurut peraturan FIFA, dia layak untuk mewakili Malaysia. Dia pun ada menyatakan hasrat bermain untuk Harimau Malaya tidak lama dahulu. Dia masih muda (23 tahun) dan pernah bermain untuk kelab Sutherland Sharks dan Sydney FC di liga Australia. Sydney FC bukan calang-calang kelab. Diorang layak main kat AFC Champions League. Di penghujung kempen AFC Champions League 2011, Brendan Gan dilepaskan oleh Sydney FC dan menjadi agen bebas. Pada masa tu, aku dapat tau yang dia dah abis kontrak dan aku terus kontek TSAM kat Fesbuk beliau.

Perhatikan tarikh: 16 Mei 2011
Err..nanti aku terjemah. Aku orang Kelate, jadi bila itik bertemu itik, itik takde nak berbahasa ayam der.  
Aku     :  Assalamualaikum Tan Sri. Saya dapat info Brendan Gan abis kontrak dah. Taknak amik die ke?
TSAM :  Dah cuba tapi dia tak minat..now transfer dah tutup
Aku     :  Adui. Pastu FAM tak nak usahakan dia main untuk Malaysia ke? Sayang kalau terlepas macam Shaun Maloney lagi
Memang sayang dia yang tak nak main kat liga kita. Ape standart liga kita nak panggil dia? hurmm..Ape yang aku tau sekarang ni, dia dah mengikat kontrak dengan kelab Bonnyrigg White Eagles dalam NSW Premier League juga di Australia.


p/s: Presiden FAM bila nak letak jawatan haa?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit