Saturday, August 6, 2011

Posting - Antara harapan & ketakutan

Mana tujuan?

Posting. Satu perkataan yang cukup mengujakan bagi bakal guru macam aku. Apatah lagi aku hanya tinggal satu tahun saja lagi untuk bertapa dalam IPG (Maktab) ni. Dulu masa aku mendaftar masuk ke IPG Kampus Raja Melewar, Seremban (tanggal 16 Julai 2007), bermacam perasaan aku rasakan. Aku bukannya minat sangat nak jadi cikgu. Aku tiada keyakinan selain tak berminat. Atas faktor-faktor tertentu aku tinggalkan minat aku dalam constuction engineering dan meneruskan perjuangan aku untuk mendidik anak-anak bangsa. Jika tawaran dari Jerman itu sampai, aku tak akan berada di sini. Lupakan, itu kisah lama.


Dulu, aku ada seorang sepupu di IPG ini. Nama dia Wan Nazariff. Lebih femes ngan panggilan Ben. Dia budak Math & baru saja posting awal tahun ni. Dia mintak posting kat Kelantan, kampung halaman. Malangnya dia dapat kampung baru kat Limbang, Sarawak. Tiga jam naik bot, sejam naik van. Perghh!! Azab beb. Walaupun gaji + elaun dalam RM4000, tapi duit habis dekat tambang je katanya.

Kesimpulannya, jangan mintak posting kat Kelantan. Negeri yang paling susah nak masuk bagi perguruan. Abah aku cakap, tahun ni (2011), Kelantan hanya mintak dalam 2 orang je guru baru! Mak ai, mak u~ Abah aku nasihatkan supaya bila tiba masa aku nak posting nanti, mintak Pahang. Senang sikit nak masuk & dekat sikit nak balik kampung. Hmmm..Entahlah abah. Aku harap dapat guna sikit kabel abah tu. Cuba-cuba la untuk putera sulung die ni. Huuu..

Untuk 2011, aku try la usha2 tengok kat laman web KPM bahagian pertukaran guru. Saja jalan-jalan tengok kekosongan 2011. Oleh sebab aku mengajar di sekolah rendah, aku nak share yang bahagian sekolah rendah je. Bagi kategori sekolah lain, boleh klik sini.

Senarai jenis sekolah

Bila dah klik yang sekolah rendah punya part, mak aii~ Kat semenanjung ni hanya ada LIMA buah negeri je yang available orang puteh cakap (Perak, Selangor, KL, Negeri Sembilan, Johor). Pahang pun penuh jugak la abah~ T___T.....Tapi takpe, turn aku bukan tahun ni.

Kekosongan dan kepenuhan

p/s: Lambatnya nak keje. Haih~

2 comments:

ah cai said...

err, gua ada kable lebih...tapi kabel washer machine la..kah kah kah..

namumora akime said...

bagi gua bleh? nk basuh berak..kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit