Wednesday, July 20, 2011

“Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 200 Blog Top Blogger Baru”

Gua tak nak cakap banyak. Ini semua gara-gara blog kawan baik gua yang sama-sama susah senang belajar ketika SPM dulu. Sekarang ni kitorang sama-sama nak jadi cikgu. Mak ai, indahnya bahasa bakal cikgu ni ye. Jangan tiru gua, merapu itu tak salah sesekala. Tinggal setahun je lagi nak abis pun. Gunakan sebaik mungkin. Keh3.Masa tengah syok layan Fesbuk, gua tengok kat wall dia ada buat competition. Seorang blogger yang semakin meningkat naik:


ar-rifke.com
"Cara Sertai Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 200 Blog Top Blogger Baru
Cara Mudah Sahaja. Kamu semua hanya perlu buat 1 entri bertajuk “Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 200 Blog Top Blogger Baru”. Sila selitkan:
1) Serba sedikit mengenai kamu.
2) Sudah berapa lama berblogging
3) Tujuan berblogging."

1) Serba sedikit tentang gua? Emmm..nama gua bukan Kelam atau Niah, tapi nama penuh gua Naif Mustakim Mohd Radhi. Namumora tu singakatan nama gua. Akime tu nama panggilan (Akim). Blog ni saja nak bunyi macam Jepun sebab gua minat Dragon Ball (Rujuk sini). Kah3. Dikeluarkan dari perut umi gua tanggal 27 Disember 1989. Fuh, nasib baik keluar awal. Kalau tak, gua kena belajar math & science dalam bahasa Obama. Gua punya batch paling last belajar dalam bahasa Malay. Kalau korang baca semua blog gua ni, mungkin korang akan pikir "Ape ke pelik blogger neyh? Bahasakan diri macam Gangster je lu-gua lu gua ni. Pastu nak cakap pasal agama pulak nak nasihat-nasihat orang,". Haha. Bagi gua, Iman bukan boleh ukur kat dahi beb. Gua saje je buat gini pasal gua bukan jenis orang serius macam limau masam. Kena ada unsur kelainan dalam penulisan supaya lu orang boleh enjoy gua punya blog meh. Aiyaa. Bukan jenis gua la mau serius-serius meh.

2) Gua baru lagi berblogging. Tanggal 15 Jun 2011. Baru sebulan lebih aje.(Rujuk sini)

3) Tujuan gua berblog? Gua suka gak minum cool blog yang mentekedarah duit gua tu. Tapi kalau minum sesekala takdehal. Kalau nak buat dinner tiap-tiap hari memang lu cari mampus. Ape gua merepek? Suka ati la ini blog gua bukan blog lu. Memang gua suka merepek. Suka cerita pasal bola, kereta, politik, pengalaman gua, pemerhatian gua, puisi pun layan. Pasal agama pun kita kena sentuh jugak. Ingat mati wei.

Okeh, setakat itu dulu gua merepek. Sape-sape blogger baru yang berminat dengan segmen ni boleh klik sini. Man jadda wa jada. Adios!


p/s: Anak murid gua panggil gua ustaz. Gua nak gelak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit