Thursday, July 7, 2011

Persona RX8

Hobi gua memang kereta. Selain bola, gua memang suke main kereta. Walaupun remote control, gua tetap puas walaupun main yang adik gua punye. Layan beb! Anjing lalu pun boleh tak perasan dah. Walaupun gua pakai kereta nama binatang tu, tapi gua nak jugak merasa pakai kereta mewah2 ni. Orang yang duit tak berapa berasap macam gua boleh modified je jadi model lain. Tapi kalau nak tukar Kelisa jadi Skyline itu bangang namanye.

Kereta ni memang macam bini, kena jaga betul2. Mekap lawa2 bagi cun. Bagi orang macam gua, kereta itu awek@bini. Baik gua bercinta dengan kereta, takde orang nak tackle. Lawa2 kereta gua pun, gua sorang je bedal. Setakat nak amik gambar, pegang2 kereta gua tak kisah, tak haram pun. Gua pun tak jeles. Orang Malaysia yang bujang macam gua memang suka mekap2 kereta. Takkan la nak pakai kereta pekak je beb? Ape barang standart bodykit? Pak Lebai kampung sebelah pun pakai sportrim 17".

Masa tengah bosan2 kat bilik, gua rasa tak salah usha2 kereta orang modi kejap. Kalau macam Myvi jadi Passo, Kancil jadi Mira, Waja jadi Evo, memang dah bersepah2 dah kat jalan. Dalam banyak2 gambar gua tengok, tiba2 ada RX8 kaler oren. "Mak aih, apasal 4 pintu?", gua membebel sensorang. Bila diperatikan betul2, bukan RX8 der, tapi Persona. Fullamakk!! Smart giler gua cakap lu.

Gua malas nak cakap banyak, gua bukan reporter. Nah, biarlah gambar yang berbicara bak orang berfalsampah cakap.


Memang cun..tengok dia..pergh..jatuh cinta seyh..seksi~

Warna oren menyerlahkan lagi kegarangan awek cun ni..phewwitt!!

Ni plak gambar betul Maxda RX8



p/s: Persona? Civic? Vios? Gua dah celaru

2 comments:

baca dan senyum said...

depan dah sama, tapi rx8 lagi rendah dari persona

namumora akime said...

hehe..imej persona takkan lari der

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit