Saturday, July 16, 2011

Ford jadi Bugatti Veyron??

Bugatti Veyron. Salah sebuah kereta paling mahal, paling laju dan paling rare kat dunia ni. Semat seyh!! (bak kata orang muda). Ada korang boleh jumpa kat Chow Kit? Takde der. Mula dikeluarkan pada tahun 2005 dengan hanya LIMA buah, kini kereta keluaran Bugatti Automobiles dengan usahasama Volkswagen Group ini hanya terdapat sebanyak 291 buah sahaja di dunia ini !(setakat 2010). WOW!!Amacam? Gerun tak? Di Malaysia ada sorang yang pakai kereta ni, iaitu Sultan Johor kalau tak silap. Baru je beli rasanye, yang kaler biru muda-putih tuu.

Oklah, aku taknak cakap banyak, buat rugi masa korang nak baca aje. Kalau sebelum ni korang dah tengok ada sorang mamat di Malaysia ni yang modified kereta Proton Persona dia jadi Maxda RX8 (Klik Sini), sekarang kita tengok pulak sorang mamat Saleh dekat US yang modified kereta dia jadi Buggati Veyron. OMG! OMG!



KERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron.
(gambar kecil) KERETA Ford Cougar.

MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.
Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).
Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi
Sumber: Kosmo! 16 Julai 2011  

Bugatti Veyron sebenar



p/s: Aku nak convert kereta aku jadi kapal selam boleh tak?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit