Thursday, June 16, 2011

Ustazah Pilihan? Tak kena pada tempatnya

Dua tiga hari yg lepas, ketika  sedang menguyah biskut Tiger depan kotak gambar bergerak, tiba2 aku tersentak. Aku tak peduli dan terus kunyah dan telan dengan kelaparan. Ape kaitan? Lupakan biskut itu dan aku sudahpun keluarkan isinya. Masa tengah layan cite pe ntah, tiba2 kua plak iklan Ustazah Pilihan berserta syarat2 & lokasi ujibakat. "Tengok ni umi, Ustazah Pilihan pulak dah. Macam2 Astro ni, " kataku kepada umiku yang berada di sebelah. Ya, memang betul. Astro memang macam2 ada. 
"Ustazah Pilihan" merupakan program realiti terbaru yang akan muncul di saluran 106 Astro padang pasir. Tujuannya tak lain tak bukan mahu mencari seorang bidadari dunia ciptaan anak2 buah Ananda Krishnan selain menambah kantung poket Billionair Malaysia itu. Muslimah yang memenangi gelaran "Ustazah Pilihan" ini akan diintai ramai jejaka yang sempurna di mata mereka. Maklumlah, Ustazah Pilihan. 
Banyak komen pulak aku ye. Lantak la, blog aku kan. Program tu bagus sebenarnya, tapi tak kena pada tempatnya dan tak sesuai dilaksanakan. Itu bagi pendapat aku la. Yang bagusnya, program ini akan memamaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Memang satu usaha yang baik dalam norma masyarakat kita hari ini yang gilakan program realiti. Yang aku kata tak sesuai ini sebab menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu).
"Ada ke ustazah yang tergedik2 nak jadi popular? " ,otakku berbisik. Nabi SAW bersabda: “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Oleh itu, perhiasan yang cantik ini sangat bahaya. Jika Ustazah Pilihan itu sudah bersuami, mungkin sedikit menyukarkan. Err..maksud aku dari segi penerimaan si suami. Yelah, beristerikan orang popular sememangnya menguji kesabaran dengan telatah2 peminat. 
Setiap kelebihan peserta juga dipertontonkan. Jadi, di mana keistimewaan yang sepatutnya adalah hak suami? Di manakah nilai malu itu? Muslimah sejati seharusnya mulia dengan sifat malunya. Mungkin ramai yang bersetuju dengan aku. Nah, tetiba ada fanpage "HARAMkan Ustazah Pilihan" di Facebook!! Tapi ada juga fanpage yang menyokong program realiti ini. Hmm..macam2~
Orang yang menyokong tu mungkin ada pandangan dorang sendiri. Aku hanya boleh sertakan kata2 ini:
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu " -Imam As-Syafie
Kesimpulannya, seorang muslimah mudah masuk syurga apabila beliau taat pada Allah dan taat pada suaminya. Tak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, tetap tak akan masuk syurga.
p/s: Betolkan apa yg salah. Gua budak jahil..err..nak masuk minang Ustazah Pilihan boleh?

12 comments:

Nabiilah Borhanudin said...

Tkut disamekn konsepnye dgn AF je, dikhuatiri

namumora said...

mungkin same mungkin tak..juz wait n see..tp lebih elok program ni dibatalkan terus :)

si pai epal said...

terase na masuk..haha

Izmir Fadzil said...

mohon share

namumora said...

si pai epal: haha..p la ujibakat..ngeh3 :p

Izmir Fadzil: syukran..silakan :)

SRIKANDI NUR ISLAM said...

mohon share ya namumora kredit to u

namumora said...

silakan..:)

Anonymous said...

ASTRO
A=Ananda
S=Suka
T=Tipu
R=Ramai
O=Orang

Anonymous said...

sy pun x berkenan dgn rancangan ustazah pilihan. tapi apsl lg rmai org protes rancangan ni instead of akademi fantasia yg lg terang2an maksiat & DRAMA? well, malaysian are wise people, harap boleh fikir mana 1 patut jadi keutamaan. :)

namumora akime said...

buang yang keruh, amik yang jernih :)

Anonymous said...

x pernah tgk n xnk tgk.

namumora akime said...

keh3..sama la gua pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit