Monday, November 17, 2014

hOLLa!!!


Sudah lama gua tak jenguk blog ni yang dah bersarang tikus, labi-labi dan umang-umang. Gua semakin sibuk dengan hal duniawi di samping capaian internet bak beluncas menyukarkan lagi keadaan. Password pun lupa jugak! Apapun, gua dah kembali. Tapi tak semestinya aktif macam dulu kerana gua sudah banyak komitmen sekarang ini.

Adios!

p/s: Oh, ya! Gua bertugas di Borneo sekarang.. :)

Tuesday, January 15, 2013

Dua kosong satu tiga

2013 sudah bermula. Hari ini punyalah sibuk sampai dah dua minggu baru perasan dah masuk 2013 woih! Gua nak highlight satu je pasal tahun 2012. Ingat 2012 ingat kalendar Mayan. Bukan Maya Karin, itu awek gua lu jangan sebok2~

2012 menyaksikan pelbagai filem tentang kiamat dah tersembur kat panggung wayang. Yang paling mendapat sambutan yang "2012" tu lah. Lakonan Sarip Dol & Halimah Jongang. Gua bukannya kenal sangat retiss2 neh. Player bola gua tau lah.




Pointnye satu je, dah dapat anak nanti gua akan tunjukkan filem ini kat anak2 & seterusnya cucu2 & cicit2 gua. "Abah salah satu mangsa terselamat dalam bencana 2012 neh"..wakaka..


Adios!

p/s: Selamat mencuba!

Monday, December 31, 2012

Realiti dan kehidupan


Apo nak dikato laie? Gambaq ni pun dah cukuip menceritakan segala-galanya nak habaq kat hangpa2 semua. Walaupun gua hati batu dengan pakej ayaq mata berlian, gamba neh buleh bikin sedih woo. Kejadah apa bahasa gua pakai tunggang langgang macam neh gua pun taktau ler.

Syukurlah kita dapat hidup dengan mewah walaupun sering merasakan kita tak pernah cukup. Sekurang2nya kita masih bertuah berbanding realiti di India ini. Kome tak percaya pegilah India tengok sendiri. Ini bukan kebetulan, memang ada & banyak yang camni. Kalo kome jumpa, amik gamba, share. Nilai kemanusiaan itu tidak mengira agama, bangsa, negara mahupun warna kulit. Kulit buaya tak termasuk.

Tuesday, December 11, 2012

De-mo-kra-si

Gua dah jarang ngedate blog ni..Gua makin busy ngan projek gua yang bermula awal tahun 2012. Sebab tu blog ni dah jarang update tahun ni. Apapun, bila kita tengok jalan2 raya semakin hari makin banyak yang diturap sekarang neh, jadi itu tandanya PRU dah makin nak datang meminang janda2 sekalian.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang waras, kita kena paham apa itu demokrasi. Gua ada interview Pakcik Wikiwakakaka semalam dan gua debagitau yang:

"Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya.

Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat)."
 Nak lagi?Nah kau..



Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang semakin bertambah bilangan keIndongan dan keBanglaannye, kita hendaklah memilih pimpinan yang betul2 dapat membela nasib kita. Apa ke bangang cakap selamat padahal hari2 kua brita samun, ragut, rog*l, bunuh, penggal, bla...bla..bla..lu tambah sendiri..bla...bla..bla


p/s: Kejadah ape Rajagopal asek pakai baju biru siot??~

Wednesday, November 7, 2012

Malaysiaku dan realiti

Perlu ke aku tambah lagi apa2 yang patot?

Abang Rossem memang mantopp!

Keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang menarik

Cube klik sikit